Isnin, 12 April 2010

GAMBAR SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN SURAU AL-KHAIRIAH, BATAK RABIT

Bergambar bersama YB Anuar Sudin, ADUN Changkat Jong & En. Mohamad Hashim
Pengerusi Surau Al-Khairiah.

Y.B bergambar bersama peserta wanita


Y.B bergambar bersama peserta lelaki

En. Mohamad menyampaikan cenderamata kenangan kepada Y.B Hj. Anuar Sudin

Majlis penyampaian hadiah


Majlis yang penuh santai tetapi meriah















Selasa, 6 April 2010

MAJLIS KHATAM QURAN SURAU AL-KHAIRIAH, KG. PISANG, BATAK RABIT BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

Lebih 30 belia sekitar khariah surau Kampung Pisang, Batak Rabit, Teluk Intan diraikan dalam Majlis Khatam Quran pada malam 3 April lalu. Majlis ini juga dihadiri bersama oleh Adun Changkat Jong, Y.B Tuan Hj. Anuar Sudin.
Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjamaah yang diimamkan sendiri oleh Y.B Adun Changkat Jong. Lebih 100 tetamu telah memenuhi ruang dalam dan kawasan sekitar surau yang terdiri daripada belia dan ibu bapa. Turut serta dalam majlis ini ialah Encik Mohamad Hashim selaku tuan rumah. Dalam ucapan aluannya, Encik Mohamad Hashim mengigatkan hadirin supaya menjadikan Al-Quran sebagai teman yang rapat. " Apabila kita telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran beerti bukannya selepas ini kita berhenti membaca, tetapi ianya memberi isyarat kita perlu membacanya lagi." katanya.
Sementara itu dalam ucapan perasmian penutupan majlis ini, Y.B Hj. Anuar Sudin berkata Al-Quran perlu diletakkan ditempat yang betul didalam masyarakat. Tidak sewajarnya kita hanya membaca tetapi melaksanakan tuntutan Al-Quran itu adalah kewajipan Umat Islam. Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan sikat pemerintah hari ini yang telah memimpin negara jauh daripada petunjuk Al-Quran. Pencabulan terhadap hukum Al-Quran yang dilakukan pemimpin hari ini adalah bukti yang jelas Al-Quran tidak diletakkan ditempat yang betul.
Majlis ini telah diakhiri dengan penyerahan cenderamata kepada peserta oleh YB Hj. Anuar Sudin. Ibu bapa yang hadir melahirkan rasa gembira kerana majlis seperti ini yang melibatkan belia menurut mereka jarang sekali diadakan. Kehadiran Adun Changkat Jong juga sekaligus meniup semangat belia kawasan ini .

Isnin, 5 April 2010

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DI F.R.U, SUNGAI SENAM

Proses memandikan jenazah bermula
Peserta mendengar taklimat awal cara-cara memandikan jenazah
Ustaz Hazlan sedang menunjuk ajar cara memandikan jenazah
Pada 26 dan 27 Mac yang lalu surau FRU Sungai Senam, Ipoh telah mengadakan kursus pengurusan jenazah. Kursus ini telah dihadiri lebih 40 peserta yang terdiri daripada anggota FRU dari pelbagai jawatan. Kursus ini telah berjaya memberi pendedahan secara teori dan praktikal tentang langkah-langkah menguruskan jenazah. Kursus ini telah dibimbing oleh A.F Ustaz Hazlan Asrijal yang juga merupakan tenaga pengajar bulanan di Surau FRU.

Menyediakan kain kapan

Kain kapan perlu dipotong dengan betul agar cukup untuk menutup tubuh mayat

Mula mengkafan jenazah Teknik mengkafankan jenazah ditunjukkan oleh Ustaz Hazlan
Jenazah telah siap dikafankan

Ustaz Hazlan dengan gaya penyampaiannya

Menyampaikan ucapan sebelum majlis penutupan
Program selama dua hari ini padat dengan pelbagai pengisian antaranya bermula dengan tajuk tanda-tanda kematian, adab menziarahi kematian, kerja-kerja awal yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kematian, cara menyediakan kain kapan, cara memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah.
Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh Ketua Turus FRU Perak. Dalam majlis perasmian penutupan itu, Ketua Turus FRU Perak telah menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada para peserta.