Jumaat, 26 Mac 2010

PAKATAN RAKYAT MULA GEMPUR HULU SELANGOR


Pakatan Rakyat memulakan kempennya malam tadi untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan perhimpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.Majlis yang dinamakan "kempen selamatkan negara" itu, menyaksikan Kuala Kubu Bharu sesak dengan kenderaan orang ramai yang datang, termasuk dari luar Kuala Kubu Bharu.
Ada yang datang dari Tanjung Malim dan sejauh Sungai Besar, Perak. Mereka termasuk 50 orang yang menyewa bas dari sebuah ested di Tanjung Malim untuk datang menghadiri majlis malam tadi.Pemimpin utama Pakatan termasuk timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategi PKR, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan ADUN DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San adalah antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.Turut hadir ialah penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.Manakala ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba sejurus sebelum jam 11 malam.
Para pemimpin Pakatan itu berucap dengan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad - wakil rakyat Hulu Selangor yang meninggal dunia kelmarin kerana barah otak.Menurut Tian Chua, Zainal Abidin yang pernah menjadi timbalan menteri besar Selangor ketika di bawah pentadbiran BN, telah bekerja keras berkhidmat untuk rakyat sehingga ke akhir hayatnya.Mereka yang berucap malam tadi kemudiannya beralih kepada nada kempen, dengan masing-masing menyentuh isu-isu panas, antaranya kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, kontrak kapal selam Scorpene, rasuah dan lain-lain lagi.Khalid pula menegaskan bahawa dalam pilihanraya umum lalu, rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa perubahan.
Di Selangor, katanya, Pakatan telah diberi mandat untuk memerintah dan "kami membalasnya dengan memberi perkhidmatan yang terbaik", dengan diikuti tepukan gemuruh para hadirin.Difahamkan perhimpunan malam tadi dirancang lebih awal sebelum Zainal Abidin meninggal dunia.Menurut Dr Hatta, Pakatan sedang membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan tersebut apabila Zainal Abidin menghembuskan nafasnya yang terakhir.Ekoran itu, "kempen selamatkan negara" telah bertukar menjadi kempen untuk pilihan raya kecil.Azmin yang juga ahli parlimen Gombak pula, dalam ucapannya berkata, PKR mahu meletakkan seorang calon yang boleh menrealisasikan impian Pakatan.Katanya, kerajaan Selangor di bawah Pakatan telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM7 bilion dalam tempoh dua tahun.Pada tahun 2009 sahaja, katanya, Selangor telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 20,753 orang.
Menteri besar Selangor, tegasnya, menggunakan harta kerajaan negeri untuk rakyat dan "bukan membina istana bernilai RM24 juta untuk dirinya".Anwar mula berucap mulai jam 11.45 malam. Mengambil kira jumlah pengundi kaum India yang besar di Hulu Selangor, beliau menegaskan bahawa dua aktivis utama Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini bersama Pakatan.“(T) Vasanthakumar, yang menyertai PKR, berada di sini," kata Anwar sambil menambah, V Ganabatirau, yang turut hadir, telah menjadi ahli DAP.

Khamis, 25 Mac 2010

MP PKR HULU SELANGOR KEMBALI KERAHMATULLAH

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.
Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia. Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.
Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.Asal sebagai cikgu
Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.
Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.
Kerusi jadi rebutan
Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.
Mengikut
peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

APA KENA HAMIDAH NI....

Taman Song Choon, Ipoh - Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah Taman Song Choon yang tidak membenarkan umno menggunakan surau tersebut, YB Hamidah bertindak menulis surat kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak ( MAIPk ) untuk mendapatkan kebenaran menggunakan surau pada 28/03/2010 ini.

Jika pada program sebelum ini, MAIPk telah menghantar beberapa orang wakilnya untuk bertemu dengan AJK surau tersebut bagi mengarahkan agar surau tersebut memberikan kebenaran kepada Hamidah untuk mengadakan programnya, tidak mustahil kali ini perkara yang sama akan berulang.

Walaubagaimanapun, seorang AJK surau tersebut yang juga seorang peguam, En. Haris Alimudin mempertikaikan tindakan Hamidah tersebut yang disifatkannya sebagai tidak memahami bidang kuasa MAIPk.

" Saya agak hairan kenapa YB Hamidah menghantar surat untuk mendapatkan kebenaran mengadakan program beliau kepada MAIPk sedangkan surau bukanlah terletak di bawah bidang kuasa majlis agama " Kata beliau.

Beliau menambah di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 jelas dinyatakan bahawa bidang kuasa MAIPk hanya pada masjid dan tafsiran dalam seksyen 2 enakmen tersebut dengan jelasnya menyatakan bahawa surau tidak boleh ditafsirkan sebagai masjid selagi tidak ditetapkan sedemikian oleh MAIPk.

Difahamkan juga mesyuarat AJK surau sebelum ini menolak permohonan lisan dari wakil umno untuk mengadakan program mereka di surau Al-Falah dan menyatakan bahawa ia adalah kuasa budi bicara AJK surau dan dipersetujui di dalam mesyuarat."

Pihak AJK surau juga secara sebulat suara untuk tidak melayan surat YB Hamidah kerana ia tidak ditujukan kepada kami, dan tindakan menggunakan kuasa MAIPk jelas satu perbuatan yang tidak menghormati AJK surau dan kariah di sini " Tambah beliau ketika diminta mengulas mengenai surat YB Hamidah kepada YDP MAIPk.

KEJAYAAN UMNO : GADIS MELAYU LAHIRKAN 17,300 ANAK LUAR NIKAH PADA TAHUN 2009

Isu buang bayi atau kanak kanak baru lahir telah menjadi perkara biasa di Malaysia. Malah lebih hebat dari zaman jahiliyah. Inilah yang dikatakan oleh Al-sayid Ali Syariati seorang pemikir Islam fenomena jahaliyah modern yang cukup sukar diubati. Cukup membimbangkan gejala buang bayi atau melahirkan anak tanpa nikah yang sah telah menjadi barah masyarakat umat Islam dinegara ini. Seramai 17,300 anak luar nikah atau anak yang dilahirkan tanpa nikah yang sah telah didatar sepanjang tahun 2009.
Kesemuanya 17,300 anak anak tersebut dari gadis/emak yang berbangsa Melayu dan berugama Islam.
Sumber angka ini dipetik dari akbar "The Star" sebuah akbar berbahasa inggeris dari kenyataan Ketua Pengarah jabatan Pendaftaran Negara (22/03/2010). Bermula dari tahun 2004 hingga 2009 startistik menunjukkan gadis Melayu dan berugama Islam telah melahirkan anak anak luar nikah seramai 74,300 orang. Angka ini tidak termasuk anak-anak yang dibuang atau ditinggalkan selepas melahirkan.
Gejala anak luar nikah dan gejala buang bayi/buang anak baru lahir telah menjadi barah masyarakat Melayu yang hampir 99 peratus berugama Islam. Persoalannya dimana kesilapan atau puncanya penyakit gejala melahirkan anak luar nikah yang telah menjadi virus masyarakt melayu yang kebanyakannya berugama Islam?, "

Selasa, 23 Mac 2010

Rancangan 16 September :
Anwar Merancang, Najib Merampas


Najib meraikan saat-saat gembiranya selepas pelan rampasan kuasa yang dirancang telah berjaya
Sidang parlimen penggal ini menyaksikan wakil Bayan Baru ( Bebas ) menghemtam bertubi-tubi bekas bos mereka sendiri. Bukan sahaja Anwar yang terpaksa menjawab malahan lebih serius lagi nama Yang Dipertuan Agong juga turut dikaitkan. Dewan menjadi gamat seketika. Anwar keluar meninggalkan Dewan. Beberapa nama ahli YB dari BN turut disebut oleh Zahrain sebagai bersiap sedia untuk menjayakan perancangan ini. Selepas pendedahan ini suasana di luar dewan juga tidak kurang hangatnya. Berpuluh laporan polis dibuat dan biasalah polis kita jika ada laporan terhadap PR bergegaslah mereka.
BN terlupa yang mereka telahpun merampas kuasa di Negeri Perak. Luka rakyat Perak yang masih berparuh menjadi saksi kezaliman rejim BN. Jika Anwar dituduh mengaitkan Istana Negara dalam rancangan 16 September, masih segar dalam ingatan rampasan kuasa di Negeri Perak menyaksikan Najib sendiri memperkudakan istana. Manisnya janji yang ditabur hinggakan Istana menjadi alat taruhan mereka. Persoalannya kenapa polis tidak bertindak ? Inilah lambang betapa UMNO sangat berkuasa hingga hak eksekutif lain duduk di bawahnya.

Isnin, 22 Mac 2010

KULIAH POLITIK BULANAN PAS KDAS 3 BERSAMA USTAZ HAZLAN

Pada 9/3/2010 buat kali ketiganya Pas Cawangan telah berjaya untuk mengadakan program bulanan iaitu Kuliah Politik sepertimana dua bulan yang lepas. Tahniah kepada setiap petugas-petugas yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Terima Kasih juga kepada Tuan rumah iaitu Sdr Hassan Sezali semoga mendapat ganjaran dari pada Allah. Penceramah pada malam tersebut ialah Ustaz Hazlan yang telah memberikan ucapan hampir satu jam dengan penuh semangat dan mudah-mudahan memberi kefahaman kepada hadirin yang hadir pada malam tersebut.
Berikut sedikit gambar semasa program tersebut.

Wakil PKR Cabang Tambun memberi penerangan tentang
Pakatan Rakyat, Semoga orang melayu pun turut serta macam
Saudara Thanimalai.

Ustaz Hazlan Memeberikan ceramah tentang Maulidur Rasul dan
Kuliah Politik Islam.

Antara Hadirin yang Mendengar Ceramah.

Kelihatan saudara Tanzizi. Ketua Cawangan Sg Kati.
Lepas ni Insyaallah Sungai Kati pun boleh buat.

Kehadiran kira meningkat la dari yang lepas.

Ketua Pemuda Cawangan.

Biasa la lepas Ceramah mesti ada makan punya. Syabas
Tuan Rumah Yang Menyediakan Makanan kepada Semua.

Ketua Cawangan sedang menyatakan sesuatu kepada Ustaz Hazlan

Huh.. kenyang rasanya ... kalau cam ni hari-hari ada Kuliah
Politik pun tak apa...

Ahad, 21 Mac 2010

JOM KIRA ZAKAT SIMPANAN

GURAU SENDA RASULULLAH S.A.W













Gambar Hiasan : YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang bergurau senda dengan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak


Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.”



Riwayat : Imam Daud & Tarmizi dari Anas ( Hadits Sahih )

KULIAH ZAKAT MALAM INI


KELEBIHAN SOLAT BERJAMAAH


Pertama: Kelebihan solat berjemaah berbanding solat berseorangan.


Imam Bukhari telah meriwayatkan didalam hadith yang shahih.


عن أبى سعيد الخدري رضى الله عنه, أنه سمع النبى صلعم يقول :صلاة الجماعة تفضل صلاة الفذ بخمس وعشرين درجة


Maksudnya: Daripada Abi Said Al-khudriyy R.anhu, sesungguhnya Nabi SAW bersabda “Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 25 kali ganda.



Terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar tentang solat berjemaah mendapat 27 kali ganda.walau bagaimanapun ulama’-ulama’ telah memberikan alasan mereka yang tersendiri. Iaitu ianya bergantung kepada jenis solat,khusuk, penyempurnaan bacaan. Ahli jamaah yang ramai, tempat yang mulia seperti masjidil haram dan imam yang alim sudah pasti lebih banyak fadhilatnya.



Kedua: Berada di bawah bayangan arasy Allah dihari kiamat kelak.


Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim :


عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى

صلعم قال: سبعة يظلهم الله فى ظله يوم لا ظل إلا ظله: الإمام العادل وشاب نشأ فى عبادة ربه, ورجل قلبه معلق بالمساج



Maksudnya: Daripada Abi Hurairah R.anhu, daripada Nabi SAW bersabda “Ada tujuh golongan manusia yang akan ditempatkan oleh Allah dibawah bayangannya pada hari yang tidak ada bayangan melainkan bayangan Allah SWT.Iaitu pemerintah yang adil, pemuda (yang terdidik dengan agama) beribadah kepada Allah SWT,lelaki yang hatinya bergantung kepada masjid…..


Ketika mengulas hadith ini” ورجل قلبه معلق بالمساجد” Imam An-Nawawi menyatakan: “Bersangatan mengingati masjid dan sentiasa beristiqamah pergi ke masjid kerana untuk solat berjemaah bukan bermaksud berterusan tinggal didalam masjid.(Syarah An-Nawawi, jilid7/121.



Ketiga: Allah SWT merasa hairan dengan solat berjemaah.Sabda Nabi SAW:



عن عبد الله بن عمر رضى الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلعم يقول: إن الله ليعجب من الصلاة فى الجميع


Maksudnya: Sesungguhnya Allah sangat hairan dan takjub dengan solat yang didirikan secara berjemaah.(H.R Imam Ahmad)


( Bersambung .... _)

DALIL BOLEH MENDOAKAN BALA KEPADA MEREKA YANG MENZALIMI ORANG ALIM

KISAH SA’ID BIN ZAID (Dan Seorang Wanita yang Menuduhnya)



Hisyam bin ‘Urwah meriwayatkan dari ayahnya bahwasanya Arwa binti Uwais menuduh Said bin Zaid merampas tanahnya. Kemudian ia mengadukannya kepada Marwan bin al-Hakam.
Said membantah, "Mana mungkin aku mengambil sedikit dari tanahnya, padahal aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda berkenaan dengan perkara ini."
Marwan bertanya, "Apa yang telah kamu dengar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ?"
Said menjawab, "Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 'Barangsiapa mengambil sejengkal tanah secara zhalim (merampas) maka ia akan dikalungi tujuh lapis bumi.' Marwan berkata, "Aku tidak akan meminta bukti lain selain hal tersebut kepadamu!'
Kemudian Said memanjatkan sebuah doa, "Ya Allah, sekiranya wanita ini berdusta maka butakan matanya dan matikanlah ia di atas tanahnya."
Maka selama sisa hidupnya wanita itu dalam keadaan buta dan tatkala berjalan-jalan di sekitar tanahnya ia terperosok ke dalam sebuah lubang yang menyebabkan kematiannya." ( HR. Muslim, 1610.)

PRESIDEN PAS ZIARAH KELUARGA MENDIANG SIVA





LANGKAP, 21 Mac - Prihatin terhadap pembunuhan kejam Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, mendiang Siva maka Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah meluangkan masa menziarahi keluarganya di Langkap tengah hari tadi.Ketibaan Tuan Guru Presiden disambut oleh pimpinan PAS Perak.Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Presiden PAS telah hadir ke rumah keluarga Siva di Taman Mawar, Langkap. Kehadiran Tuan Guru Presiden dan isteri telah disambut oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap YDP PAS Pasir Salak Ustaz Mustafa Shaari, YB Haji Zainuddin, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, pimpinan Dewan Pemuda PAS Perak, pimpinan Dewan Muslimat Perak, pimpinan DHPP dan pimpinan PAS tempatan.Balu mendiang Siva bersama pimpinan Dewan Muslimat Negeri Perak.Ustaz Abu Bakar berbincang dengan YB Haji Zainuddin dan YB Hj. Anuar.Tuan Guru Presiden PAS telah berpeluang bertemu dengan isteri dan anak-anak mendiang Siva. Beliau telah mengucapkan takziah atas nama PAS Pusat atas kematian mendiang Siva beberapa hari yang lalu.Kemudian, Presiden telah mengadakan pertemuan dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri di Pejabat DHPP Pasir Salak di Pekan Langkap.Sementara menunggu kedatangan Presiden, sempat bergambar bersama blogger Al Husseyn dan Sdr. Johari Jaafar, wartawan Harakah.

Khamis, 18 Mac 2010

SOALAN LAZIM ZAKAT SIMPANAN

S : Berapakah kadar zakat yang diwajibkan atas harta yang telah cukup syarat-syarat dikeluarkan zakat ?

J : Kadar zakat yang diwajibkan sebanyak /40 atau 2.5 % bagi harta yang boleh dikiaskan dengan emas. Contohnya jika baki simpanan terendah dalam tahun ini RM 20,000 maka zakatnya ( RM 20,000 X 2.5 % ) = RM 50
0


S : Bolehkah saya membayar zakat kepada anak saya yang sedang belajar ?

J : Zakat tidak boleh diagihkan kepada orang yang pertalian rapat dengan kita. Jika syarak membenarkan lebih baik kita semua bayar zakat kepada ayah kita sendiri.


S : Saya terlupa membayar zakat simpanan pada tahun lalu. Apakah yang perlu saya lakukan ?

J : Zakat yang tidak ditunaikan pada tahun kewajipannya maka, wajib diqadha setelah disedari.


S : Mengapa zakat simpanan dikira atas baki terendah sepanjang haul ?

J : Kerana baki terendah dalam akaun simpanan merupakan jumlah simpanan yang duduk tetap selama setahun.



PENGENALAN ZAKAT

Pengertian Zakat

Zakat dari segi syarak membawa maksud : Mengeluarkan kadar tertentu daripada harta tertentu, dengan syarat-syarat tertentu dan diagihkan kepada golongan tertentu.

Siapa Yang Wajib Mengeluarkan Zakat ?

Syarat wajib zakat ada 5 iaitu :

1. Islam
2. Cukup Nisab ( Terkini RM 10,305.87 )
3. Cukup Haul ( Harta Disimpan Setahun Qamariah )
4. Milik Sempurna
5. Merdeka

Berapa Jenis Zakat ?

Zakat hanya ada dua jenis sahaja iaitu zakat fitrah & zakat harta. Pecahan jenis zakat dibawah zakat harta itu pula ialah zakat simpanan, ternakan, emas & perak, saham, perniagaan, KWSP / LTAT, tanaman & harta rikaz ( harta yang tertanam dibawah perut bumi )