Jumaat, 9 September 2011

10 Ribu Hadir Ceramah Mat Sabu, Terima Kasih Promosi TV3

Gara-gara promosi percuma UMNO dan media, lebih 10,000 hadir dalam majlis ceramah PR di Kamunting untuk mendengar cerita sebenar dari tuan badan yang setiap hari difitnah. Koleksi gambar di bawah ini adalah sebahagian buktinya.









Ahad, 7 Ogos 2011

Takrif Zakat Fitrah



Zakat Fitrah ialah ‘Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”

Syarat-Syarat Wajib Zakat Fitrah



1. Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
2. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang- orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajibnya zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir Bulan
Ramadhan.
4. Tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada
hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir
Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk ugama Islam sesudah terbenam
matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam
matahari akhir Ramadhan.

Waktu Membayar Zakat Fitrah



Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.

1. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

2. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga
sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.

3. Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu
Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).

4. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.


Kadar bayaran mengikut cari asal ialah 1 gantang Baghdah makanan asasi seperti beras atau

Mengikut sukatan/timbangan sebanyak 2.6 kilogram bersamaan.

Nilai mengikut kadar sekarang – RM 7.00 bagi tahun 1432H/ 2011M

* Telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak

Lafaz Zakat Fitrah



Bagi Diri Sendiri
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

Bagi Pihak
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi ………………… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.
Disediakan oleh

Info : Peperangan Dalam Bulan Ramadhan



1. Perang Badar Al-Kubro
2. Persiapan Perang Khandak
3. Perjalanan ke Tabuk
4. Peperangan Qadisiah - Parsi
5. Pembukaan Kota Mekah
6. Penaklukan Andalus
7. Perang Ain Jalut
8. Pembebasan Sinai
9. Perang Arab - Israel - Palestine

PENGKHIANAT !

JADUAL RAMADHAN 1432 H

Jumaat, 15 April 2011

Ahad, 3 April 2011

Kemalangan Dalam Perjalanan Ke PRK Kerdau






Kemalangan telah berlaku pada hari Jumaat, 4 Mac yang lalu ketika saya dan keluarga dalam perjalanan ke Kerdau. Alhamdulillah anak dan isteri tidak mengalami kecederaan cuma saya terpaksa menjalani pembedahan plastik dibahagian kepala. Terima kasih kepada sahabat2 yang telah datang menziarahi dan mendoakan kami sekeluarga.

Ahad, 2 Januari 2011

Lagi Kenyataan Menteri Yang Menggelikan Hati

Lepas ni mungkin dia suruh kita gali sendiri minyak untuk kekang kenaikan harga minyak.....