Selasa, 6 April 2010

MAJLIS KHATAM QURAN SURAU AL-KHAIRIAH, KG. PISANG, BATAK RABIT BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

Lebih 30 belia sekitar khariah surau Kampung Pisang, Batak Rabit, Teluk Intan diraikan dalam Majlis Khatam Quran pada malam 3 April lalu. Majlis ini juga dihadiri bersama oleh Adun Changkat Jong, Y.B Tuan Hj. Anuar Sudin.
Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjamaah yang diimamkan sendiri oleh Y.B Adun Changkat Jong. Lebih 100 tetamu telah memenuhi ruang dalam dan kawasan sekitar surau yang terdiri daripada belia dan ibu bapa. Turut serta dalam majlis ini ialah Encik Mohamad Hashim selaku tuan rumah. Dalam ucapan aluannya, Encik Mohamad Hashim mengigatkan hadirin supaya menjadikan Al-Quran sebagai teman yang rapat. " Apabila kita telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran beerti bukannya selepas ini kita berhenti membaca, tetapi ianya memberi isyarat kita perlu membacanya lagi." katanya.
Sementara itu dalam ucapan perasmian penutupan majlis ini, Y.B Hj. Anuar Sudin berkata Al-Quran perlu diletakkan ditempat yang betul didalam masyarakat. Tidak sewajarnya kita hanya membaca tetapi melaksanakan tuntutan Al-Quran itu adalah kewajipan Umat Islam. Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan sikat pemerintah hari ini yang telah memimpin negara jauh daripada petunjuk Al-Quran. Pencabulan terhadap hukum Al-Quran yang dilakukan pemimpin hari ini adalah bukti yang jelas Al-Quran tidak diletakkan ditempat yang betul.
Majlis ini telah diakhiri dengan penyerahan cenderamata kepada peserta oleh YB Hj. Anuar Sudin. Ibu bapa yang hadir melahirkan rasa gembira kerana majlis seperti ini yang melibatkan belia menurut mereka jarang sekali diadakan. Kehadiran Adun Changkat Jong juga sekaligus meniup semangat belia kawasan ini .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan