Ahad, 21 Mac 2010

PRESIDEN PAS ZIARAH KELUARGA MENDIANG SIVA





LANGKAP, 21 Mac - Prihatin terhadap pembunuhan kejam Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, mendiang Siva maka Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah meluangkan masa menziarahi keluarganya di Langkap tengah hari tadi.Ketibaan Tuan Guru Presiden disambut oleh pimpinan PAS Perak.Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Presiden PAS telah hadir ke rumah keluarga Siva di Taman Mawar, Langkap. Kehadiran Tuan Guru Presiden dan isteri telah disambut oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap YDP PAS Pasir Salak Ustaz Mustafa Shaari, YB Haji Zainuddin, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, pimpinan Dewan Pemuda PAS Perak, pimpinan Dewan Muslimat Perak, pimpinan DHPP dan pimpinan PAS tempatan.Balu mendiang Siva bersama pimpinan Dewan Muslimat Negeri Perak.Ustaz Abu Bakar berbincang dengan YB Haji Zainuddin dan YB Hj. Anuar.Tuan Guru Presiden PAS telah berpeluang bertemu dengan isteri dan anak-anak mendiang Siva. Beliau telah mengucapkan takziah atas nama PAS Pusat atas kematian mendiang Siva beberapa hari yang lalu.Kemudian, Presiden telah mengadakan pertemuan dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri di Pejabat DHPP Pasir Salak di Pekan Langkap.Sementara menunggu kedatangan Presiden, sempat bergambar bersama blogger Al Husseyn dan Sdr. Johari Jaafar, wartawan Harakah.

Khamis, 18 Mac 2010

SOALAN LAZIM ZAKAT SIMPANAN

S : Berapakah kadar zakat yang diwajibkan atas harta yang telah cukup syarat-syarat dikeluarkan zakat ?

J : Kadar zakat yang diwajibkan sebanyak /40 atau 2.5 % bagi harta yang boleh dikiaskan dengan emas. Contohnya jika baki simpanan terendah dalam tahun ini RM 20,000 maka zakatnya ( RM 20,000 X 2.5 % ) = RM 50
0


S : Bolehkah saya membayar zakat kepada anak saya yang sedang belajar ?

J : Zakat tidak boleh diagihkan kepada orang yang pertalian rapat dengan kita. Jika syarak membenarkan lebih baik kita semua bayar zakat kepada ayah kita sendiri.


S : Saya terlupa membayar zakat simpanan pada tahun lalu. Apakah yang perlu saya lakukan ?

J : Zakat yang tidak ditunaikan pada tahun kewajipannya maka, wajib diqadha setelah disedari.


S : Mengapa zakat simpanan dikira atas baki terendah sepanjang haul ?

J : Kerana baki terendah dalam akaun simpanan merupakan jumlah simpanan yang duduk tetap selama setahun.



PENGENALAN ZAKAT

Pengertian Zakat

Zakat dari segi syarak membawa maksud : Mengeluarkan kadar tertentu daripada harta tertentu, dengan syarat-syarat tertentu dan diagihkan kepada golongan tertentu.

Siapa Yang Wajib Mengeluarkan Zakat ?

Syarat wajib zakat ada 5 iaitu :

1. Islam
2. Cukup Nisab ( Terkini RM 10,305.87 )
3. Cukup Haul ( Harta Disimpan Setahun Qamariah )
4. Milik Sempurna
5. Merdeka

Berapa Jenis Zakat ?

Zakat hanya ada dua jenis sahaja iaitu zakat fitrah & zakat harta. Pecahan jenis zakat dibawah zakat harta itu pula ialah zakat simpanan, ternakan, emas & perak, saham, perniagaan, KWSP / LTAT, tanaman & harta rikaz ( harta yang tertanam dibawah perut bumi )




Jumaat, 5 Februari 2010