
Isnin, 8 Ogos 2011
Ahad, 7 Ogos 2011
Takrif Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah ‘Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
Syarat-Syarat Wajib Zakat Fitrah

1. Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
2. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang- orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajibnya zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir Bulan
Ramadhan.
4. Tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada
hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir
Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk ugama Islam sesudah terbenam
matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam
matahari akhir Ramadhan.
Waktu Membayar Zakat Fitrah

Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
1. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga
sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
3. Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu
Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
4. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.
Lafaz Zakat Fitrah

Bagi Diri Sendiri
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
Bagi Pihak
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi ………………… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.
Disediakan oleh
Info : Peperangan Dalam Bulan Ramadhan
Langgan:
Catatan (Atom)