Selasa, 7 Disember 2010

PEMIMPIN UMNO PEMBOHONG BESAR !

Petikan Berita Harian
11/04/2010
Harga RON95, diesel kekal akhir tahun

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjangkakan tiada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel hingga akhir tahun ini. Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan itu tidak diketahui untuk tahun depan, kerana ia bergantung kepada persekitaran dunia. Katanya harga petrol RON95 dan diesel akan diputuskan Kabinet dan beliau tidak boleh mendahului Kabinet dalam hal ini.

Bagaimanapun, mengikut jangkaan saya, tiada perubahan sehingga akhir tahun ini, tetapi bagi tahun depan, ia masih tidak diketahui,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan menaikkan harga RON95 dan diesel susulan kenaikan harga petrol RON97 lima sen seliter bagi bulan ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Sistem Laluan MyCoID Fasa Kedua di sini, semalam. Menerusi sistem yang dibangunkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu, mana-mana pihak yang ingin memperbadankan syarikat kini boleh melakukannya menerusi laman web MyCoID. Kemudahan itu membolehkan mereka yang ingin menubuhkan syarikat tidak perlu pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) mengikut amalan biasa.

Sementara itu, ketika diminta mengulas tindakan pembangkang memanipulasi kenaikan harga petrol RON97, beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana kenaikan harga petrol RON97 bukan ditentukan kerajaan. Mengulas pengiraan harga RON97, Ismail Sabri berkata, Persatuan Pengedar Petrol akan menetapkan harga mengikut nilai purata harganya selama 28 hari mulai 1 hingga 28 hari bulan setiap bulan untuk menetapkan harga barangan berkenaan untuk pasaran bulan selanjutnya. “Ini berbeza dengan RON95 dan diesel disubsidi. Kerajaan masih mengawal harganya, kita yang menentukannya,” katanya. Sebab itu, apabila harga RON97 naik, kerajaan tidak mengumumkan apa-apa,” katanya. Beliau berkata, rakyat juga tidak panik dengan kenaikan harga RON97 kerana lebih daripada 90 peratus penggunaan minyak di negara ini menggunakan petrol RON95.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan