Tengah sibuk-sibuk cari berita kenaikan harga barang, tiba-tiba teringat pula pengundi di Batu Sapi dan Galas. Apa khabar mereka agaknya ya. Dua kawasan pilihanraya ini diketahui umum adalah kawasan pedalaman. Di Batu Sapi, 73 % penduduknya adalah golongan miskin manakala di DUN Galas lebih 65 % rakyatnya miskin.
Ketika PRK kedua-dua kawasan ini diadakan baru-baru ini, pengundi dibuai dengan janji manis UMNO/BN. Mata mereka dikaburi dengan peluru wang sehingga cahaya kebenaran tidak bersinar lagi. Hari ini pengundi di kawasan ini bagaikan mengigit jari sendiri. Apa tidaknya, belumpun sampai 3 bulan suara yang dulunya berjanji membela rakyat dan mendahulukan rakyat rupanya telah menjadi ' senjata makan tuan '. Rupa-rupanya UMNO/BN memang telah menyediakan hadiah yang cukup istimewa buat pengundi kawasan ini.
Kalau dulunya ada Pemuda UMNO yang sanggup tidur di rumah orang asli ( Galas ) sampai tak balik-balik, sanggup tidur bertemankan nyamuk dan beralaskan rotan serta menari sewang semata-mata nak pancing undi. Tetapi ini suasana sebelum PRK, dah menang lain pula jadinya. Tepat 2 bulan selepas UMNO diisytiharkan menang, orang asli di Pos Broke mula tuntut segala janji mereka. Jawapan mereka sangat mudah mintalah pada Kerajaan Kelantan sebab Umno/BN bukan kerajaan di Kelantan. Tercatatlah satu lagi episod munafik dalam politik. Ungkapan yang paling tepat untuk episod ini " Menang Sorak Kampung Tergadai "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan