Jumaat, 10 Disember 2010

Musafir ke Indonesia, Doakan Keselamatan Saya











Saya akan berlepas ke Pekan Baru Indonesia dalam usaha menyampaikan bantuan pembinaaan semula Masjid Rahmaniah, Pariaman, Padang satu jam daripada catatan ini. Mohon doa sahabat untuk kesihatan dan dipermudahkan urusan saya sepanjang disana nanti.

Khamis, 9 Disember 2010

PAS: Putrajaya tumbang, Umno akan kelaparan

Tujuan pemimpin Umno dan BN bermati-matian untuk mempertahankan Putrajaya bukan kerana demi kepentingan rakyat, tetapi untuk memastikan suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan terus terpelihara , kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

pas muktamar 130610 idris ahmadIdris yang dipetik oleh Harakahdaily, media rasmi PAS mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya BNl bersungguh-sungguh mempertahankankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara ketika taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam, semalam.

“Gesaan yang dibuat oleh timbalan presiden Umno itu sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat kerana mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui mereka,” katanya.

Menurut Idris, pemimpin Umnojuga bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan generasi muda.

Muhyiddin, kata beliau sepatutnya rasa malu, kerana alasan untuk mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dijaja sedangkan seantero dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianati amanah rakyat selama 53 tahun.

NONE“Sekarang, kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegagalan Umno mentadbir negara.

“Sepatutnya timbalan presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempis, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka,” sindirnya.

Beliau juga membidas Muhyiddin yang melemparkan kata-kata berikut kepada Pakatan Rakyat - “Kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin.”

azlan“PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib.

“Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov lalu, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember lalu, RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?” soalnya.

PAS, katanya mengingatkan kepada rakyat, khususnya di Selangor jangan memulangkan semula mandat kepada BN pada pilihan raya akan datang.

selangor water demo crowd“Jika BN menang, segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan di mana air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal mendapat RM2,500 akan hilang.

“Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa,” katanya.

Rabu, 8 Disember 2010

Petrol, Diesel, Gula, Gas Naik : Apa Macam Pengundi Batu Sapi & Galas ?
















Tengah sibuk-sibuk cari berita kenaikan harga barang, tiba-tiba teringat pula pengundi di Batu Sapi dan Galas. Apa khabar mereka agaknya ya. Dua kawasan pilihanraya ini diketahui umum adalah kawasan pedalaman. Di Batu Sapi, 73 % penduduknya adalah golongan miskin manakala di DUN Galas lebih 65 % rakyatnya miskin.


Ketika PRK kedua-dua kawasan ini diadakan baru-baru ini, pengundi dibuai dengan janji manis UMNO/BN. Mata mereka dikaburi dengan peluru wang sehingga cahaya kebenaran tidak bersinar lagi. Hari ini pengundi di kawasan ini bagaikan mengigit jari sendiri. Apa tidaknya, belumpun sampai 3 bulan suara yang dulunya berjanji membela rakyat dan mendahulukan rakyat rupanya telah menjadi ' senjata makan tuan '. Rupa-rupanya UMNO/BN memang telah menyediakan hadiah yang cukup istimewa buat pengundi kawasan ini.
Kalau dulunya ada Pemuda UMNO yang sanggup tidur di rumah orang asli ( Galas ) sampai tak balik-balik, sanggup tidur bertemankan nyamuk dan beralaskan rotan serta menari sewang semata-mata nak pancing undi. Tetapi ini suasana sebelum PRK, dah menang lain pula jadinya. Tepat 2 bulan selepas UMNO diisytiharkan menang, orang asli di Pos Broke mula tuntut segala janji mereka. Jawapan mereka sangat mudah mintalah pada Kerajaan Kelantan sebab Umno/BN bukan kerajaan di Kelantan. Tercatatlah satu lagi episod munafik dalam politik. Ungkapan yang paling tepat untuk episod ini " Menang Sorak Kampung Tergadai "

Selasa, 7 Disember 2010

PERISTIWA HIJRAH : NABI S.A.W PILIH PEMAIN UTAMA DARIPADA PELBAGAI GOLONGAN

















Apa yang agak menarik dalam peristiwa ini ialah pemain-pemain utama dalam peristiwa ini adalah insan terpilih. Mungkin pada hari ini ia disebut sebagai pemberdayaan atau empowerment. Mereka yang terpilih ini telah melaksanakan tugas yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. dengan cekap, bersemangat atas rasa kecintaan dan keimanan yang cukup hebat. Pemain utama peristiwa Hijrah selain dari Rasulullah s.a.w. adalah:

a) Abu Bakr al-Siddiq r.a.
b) Ali bin Abi Talib k.w.
c) Abdullah bin Abu Bakr r.a.
d) Asma' bint Abu Bakr r.a.
e) Amir bin Fuhayrah r.a., dan
f) Abdullah bin Urayqat.

Kebetulan pula ejaan semua nama mereka adalah bermula dari huruf A (mengikut ejaan Romanise) mungkin boleh menjelaskan kehebatan yang dimiliki oleh mereka! Namun yang pasti mereka adalah yang terbaik dan telah melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sempurna dan layak diberikan markah A (seumpama nama mereka bermula dengan A!)

a) Bermula dengan Abu Bakr al-Siddiq r.a., beliau adalah sebagai teman dalam perjalanan. Beliau merupakan sahabat yang paling rapat, yang paling "senior" dan juga paling tenang dalam menghadapi sitausi yang amat mencabar.

b) Ali bin Abi Talib k.w. pula diberi peranan untuk mengelirukan musuh dengan tidur di kamar Rasulullah s.a.w. Sebagai ahli keluarga yang rapat kehadiran Ali tidak disyaki oleh musuh dan berjaya memperdayakan musuh sehingga Rasulullah s.a.w berjaya keluar dengan selamat dari rumah tanpa disedari.

c) Abdullah bin Abu Bakr r.a. pula ditugaskan untuk mendapatkan maklumat terkini dan melaporkannya kepada Rasulullah s.a.w.

d) Asma' bint Abu Bakr r.a. pula berperanan untuk menyediakan makanan semasa Rasulullah s.a.w. dan bapanya bersembunyi dalam gua Thawr.

e) Amir bin Fuhayrah r.a. pula berperanan untuk menghilangkan jejak-jejak kaki Abdullah dan Asma' bint Abu Bakr yang berulang alik di sekitar tempat persembunyian Rasulullah s.a.w.

f) Manakala Abdullah bin Urayqat pula diberikan tugas sebagai penunjuk jalan ke Madinah. Walaupun bukan beragama Islam, namun kepakarannya mengenai seluk beluk jalan ke Madinah menyebabkan beliau dipilih. Oleh kerana beliau masih seagama dengan kaum Quraysh, ia dapat menghindari kecurigaan di kalangan pemuka Qurayh yang sedang memburu baginda. Oleh itu, pejuang Quraysh pasti tidak menyangka kerana Abdullah bin Urayqat adalah "orang mereka".

BERITA TOK GURU TENAT FITNAH !

Khabar angin yang mendakwa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat sakit tenat dan dikejarkan ke hospital adalah tidak benar.

Perkara tersebut disahkan oleh setiausaha akhbarnya Ahmad Fadhli Shaari ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

"Dakwaan yang menyatakan beliau sakit tenat dan dikejarkan ke hospital itu tidak betul," katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan.

NONEBercakap kepadaMalaysiakini, Ahmad Fadhli bagaimanapun berkata petang semalam Nik Aziz (kanan) ada mengadu sakit pinggang.

"Beliau solat subuh pagi ini. Hari ini beliau cuti rehat kerana ada sedikit keuzuran," katanya.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai desas desus tersebut malam semalam dan akan menziarahi Nik Aziz untuk mendapatkan perkembangan berhubung kesihatan tokoh PAS itu tengah hari ini.

Sementara itu, penulis blog Merah Tinta, Mohd Sayuti Omar turut menulis perbualannya dengan salah seorang anggota keluarga Nik Aziz yang memberitahu bahawa "Tok Guru sakit tenat tu tak betul".

"Semalam ayah ada mengurut dengan tukang urut baru. Entah guana (macam mana) dia urut kuat ba'kali (barangkali) mungkin kerana tak serasi tangan, ayah sakit urut.

"Dia jadi tidak boleh bergerak... tetapi Alhamdulilah pagi tadi sudah solat Subuh tetapi tak jadi tok imam," coret Mohd Sayuti dalam blognya hari ini.

NAIK HARGA MINYAK : PECAH PERUT BACA KOMEN MENTERI UMNO !

Pengurangan Subsidi Diyakini Kurangkan Seludup Petrol, Gula



BACHOK: Pengurangan subsidi untuk petrol, diesel dan gula yang berkuatkuasa baru-baru ini diyakini dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan bahan berkenaan di kawasan sempadan negara.

Malah, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, langkah itu juga bertujuan mengurangkan jurang perbezaan harga di pasaran tempatan dan negara jiran yang selama ini menjadi punca aktiviti penyeludupan berleluasa.

"Ia (menangani penyeludupan) adalah antara sebab kerajaan terpaksa menaikan harga bahan itu, selain mengurangkan jurang perbezaan harga di peringkat antara bangsa," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Awang Adek berkata, aktiviti penyeludupan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar manakala pihak yang tidak bertanggungjawab pula mengaut keuntungan berganda kerana harga bahan berkenaan adalah tinggi di negara jiran.

Katanya, kerajaan memperuntukkan lebih RM10 bilion setahun bagi tujuan subsidi barangan keperluan asas berkenaan.

Hasil penjimatan daripada pengurangan subsidi ini akan digunakan kerajaan untuk melaksanakan pelabgai projek bagi feadah rakyat, kata beliau.

Justeru, Awang Adek menasihatkan masyarakat agar tidak menjadikan pengurangan subsidi itu sebagai isu perdebatan sehingga memecah-belahkan perpaduan.

Jumaat lepas kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi itu menjadikan harga petro RON95 adalah sebanyak RM1.90 seliter diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM210 sen satu kg. - BERNAMA

PEMIMPIN UMNO PEMBOHONG BESAR !

Petikan Berita Harian
11/04/2010
Harga RON95, diesel kekal akhir tahun

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjangkakan tiada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel hingga akhir tahun ini. Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan itu tidak diketahui untuk tahun depan, kerana ia bergantung kepada persekitaran dunia. Katanya harga petrol RON95 dan diesel akan diputuskan Kabinet dan beliau tidak boleh mendahului Kabinet dalam hal ini.

Bagaimanapun, mengikut jangkaan saya, tiada perubahan sehingga akhir tahun ini, tetapi bagi tahun depan, ia masih tidak diketahui,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan menaikkan harga RON95 dan diesel susulan kenaikan harga petrol RON97 lima sen seliter bagi bulan ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Sistem Laluan MyCoID Fasa Kedua di sini, semalam. Menerusi sistem yang dibangunkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu, mana-mana pihak yang ingin memperbadankan syarikat kini boleh melakukannya menerusi laman web MyCoID. Kemudahan itu membolehkan mereka yang ingin menubuhkan syarikat tidak perlu pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) mengikut amalan biasa.

Sementara itu, ketika diminta mengulas tindakan pembangkang memanipulasi kenaikan harga petrol RON97, beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana kenaikan harga petrol RON97 bukan ditentukan kerajaan. Mengulas pengiraan harga RON97, Ismail Sabri berkata, Persatuan Pengedar Petrol akan menetapkan harga mengikut nilai purata harganya selama 28 hari mulai 1 hingga 28 hari bulan setiap bulan untuk menetapkan harga barangan berkenaan untuk pasaran bulan selanjutnya. “Ini berbeza dengan RON95 dan diesel disubsidi. Kerajaan masih mengawal harganya, kita yang menentukannya,” katanya. Sebab itu, apabila harga RON97 naik, kerajaan tidak mengumumkan apa-apa,” katanya. Beliau berkata, rakyat juga tidak panik dengan kenaikan harga RON97 kerana lebih daripada 90 peratus penggunaan minyak di negara ini menggunakan petrol RON95.