Isnin, 12 April 2010

GAMBAR SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN SURAU AL-KHAIRIAH, BATAK RABIT

Bergambar bersama YB Anuar Sudin, ADUN Changkat Jong & En. Mohamad Hashim
Pengerusi Surau Al-Khairiah.

Y.B bergambar bersama peserta wanita


Y.B bergambar bersama peserta lelaki

En. Mohamad menyampaikan cenderamata kenangan kepada Y.B Hj. Anuar Sudin

Majlis penyampaian hadiah


Majlis yang penuh santai tetapi meriah















Selasa, 6 April 2010

MAJLIS KHATAM QURAN SURAU AL-KHAIRIAH, KG. PISANG, BATAK RABIT BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

Lebih 30 belia sekitar khariah surau Kampung Pisang, Batak Rabit, Teluk Intan diraikan dalam Majlis Khatam Quran pada malam 3 April lalu. Majlis ini juga dihadiri bersama oleh Adun Changkat Jong, Y.B Tuan Hj. Anuar Sudin.
Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjamaah yang diimamkan sendiri oleh Y.B Adun Changkat Jong. Lebih 100 tetamu telah memenuhi ruang dalam dan kawasan sekitar surau yang terdiri daripada belia dan ibu bapa. Turut serta dalam majlis ini ialah Encik Mohamad Hashim selaku tuan rumah. Dalam ucapan aluannya, Encik Mohamad Hashim mengigatkan hadirin supaya menjadikan Al-Quran sebagai teman yang rapat. " Apabila kita telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran beerti bukannya selepas ini kita berhenti membaca, tetapi ianya memberi isyarat kita perlu membacanya lagi." katanya.
Sementara itu dalam ucapan perasmian penutupan majlis ini, Y.B Hj. Anuar Sudin berkata Al-Quran perlu diletakkan ditempat yang betul didalam masyarakat. Tidak sewajarnya kita hanya membaca tetapi melaksanakan tuntutan Al-Quran itu adalah kewajipan Umat Islam. Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan sikat pemerintah hari ini yang telah memimpin negara jauh daripada petunjuk Al-Quran. Pencabulan terhadap hukum Al-Quran yang dilakukan pemimpin hari ini adalah bukti yang jelas Al-Quran tidak diletakkan ditempat yang betul.
Majlis ini telah diakhiri dengan penyerahan cenderamata kepada peserta oleh YB Hj. Anuar Sudin. Ibu bapa yang hadir melahirkan rasa gembira kerana majlis seperti ini yang melibatkan belia menurut mereka jarang sekali diadakan. Kehadiran Adun Changkat Jong juga sekaligus meniup semangat belia kawasan ini .

Isnin, 5 April 2010

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DI F.R.U, SUNGAI SENAM

Proses memandikan jenazah bermula
Peserta mendengar taklimat awal cara-cara memandikan jenazah
Ustaz Hazlan sedang menunjuk ajar cara memandikan jenazah
Pada 26 dan 27 Mac yang lalu surau FRU Sungai Senam, Ipoh telah mengadakan kursus pengurusan jenazah. Kursus ini telah dihadiri lebih 40 peserta yang terdiri daripada anggota FRU dari pelbagai jawatan. Kursus ini telah berjaya memberi pendedahan secara teori dan praktikal tentang langkah-langkah menguruskan jenazah. Kursus ini telah dibimbing oleh A.F Ustaz Hazlan Asrijal yang juga merupakan tenaga pengajar bulanan di Surau FRU.

Menyediakan kain kapan

Kain kapan perlu dipotong dengan betul agar cukup untuk menutup tubuh mayat

Mula mengkafan jenazah Teknik mengkafankan jenazah ditunjukkan oleh Ustaz Hazlan
Jenazah telah siap dikafankan

Ustaz Hazlan dengan gaya penyampaiannya

Menyampaikan ucapan sebelum majlis penutupan
Program selama dua hari ini padat dengan pelbagai pengisian antaranya bermula dengan tajuk tanda-tanda kematian, adab menziarahi kematian, kerja-kerja awal yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kematian, cara menyediakan kain kapan, cara memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah.
Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh Ketua Turus FRU Perak. Dalam majlis perasmian penutupan itu, Ketua Turus FRU Perak telah menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada para peserta.

Jumaat, 26 Mac 2010

PAKATAN RAKYAT MULA GEMPUR HULU SELANGOR


Pakatan Rakyat memulakan kempennya malam tadi untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan perhimpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.Majlis yang dinamakan "kempen selamatkan negara" itu, menyaksikan Kuala Kubu Bharu sesak dengan kenderaan orang ramai yang datang, termasuk dari luar Kuala Kubu Bharu.
Ada yang datang dari Tanjung Malim dan sejauh Sungai Besar, Perak. Mereka termasuk 50 orang yang menyewa bas dari sebuah ested di Tanjung Malim untuk datang menghadiri majlis malam tadi.Pemimpin utama Pakatan termasuk timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategi PKR, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan ADUN DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San adalah antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.Turut hadir ialah penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.Manakala ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba sejurus sebelum jam 11 malam.
Para pemimpin Pakatan itu berucap dengan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad - wakil rakyat Hulu Selangor yang meninggal dunia kelmarin kerana barah otak.Menurut Tian Chua, Zainal Abidin yang pernah menjadi timbalan menteri besar Selangor ketika di bawah pentadbiran BN, telah bekerja keras berkhidmat untuk rakyat sehingga ke akhir hayatnya.Mereka yang berucap malam tadi kemudiannya beralih kepada nada kempen, dengan masing-masing menyentuh isu-isu panas, antaranya kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, kontrak kapal selam Scorpene, rasuah dan lain-lain lagi.Khalid pula menegaskan bahawa dalam pilihanraya umum lalu, rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa perubahan.
Di Selangor, katanya, Pakatan telah diberi mandat untuk memerintah dan "kami membalasnya dengan memberi perkhidmatan yang terbaik", dengan diikuti tepukan gemuruh para hadirin.Difahamkan perhimpunan malam tadi dirancang lebih awal sebelum Zainal Abidin meninggal dunia.Menurut Dr Hatta, Pakatan sedang membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan tersebut apabila Zainal Abidin menghembuskan nafasnya yang terakhir.Ekoran itu, "kempen selamatkan negara" telah bertukar menjadi kempen untuk pilihan raya kecil.Azmin yang juga ahli parlimen Gombak pula, dalam ucapannya berkata, PKR mahu meletakkan seorang calon yang boleh menrealisasikan impian Pakatan.Katanya, kerajaan Selangor di bawah Pakatan telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM7 bilion dalam tempoh dua tahun.Pada tahun 2009 sahaja, katanya, Selangor telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 20,753 orang.
Menteri besar Selangor, tegasnya, menggunakan harta kerajaan negeri untuk rakyat dan "bukan membina istana bernilai RM24 juta untuk dirinya".Anwar mula berucap mulai jam 11.45 malam. Mengambil kira jumlah pengundi kaum India yang besar di Hulu Selangor, beliau menegaskan bahawa dua aktivis utama Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini bersama Pakatan.“(T) Vasanthakumar, yang menyertai PKR, berada di sini," kata Anwar sambil menambah, V Ganabatirau, yang turut hadir, telah menjadi ahli DAP.

Khamis, 25 Mac 2010

MP PKR HULU SELANGOR KEMBALI KERAHMATULLAH

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.
Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia. Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.
Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.Asal sebagai cikgu
Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.
Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.
Kerusi jadi rebutan
Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.
Mengikut
peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

APA KENA HAMIDAH NI....

Taman Song Choon, Ipoh - Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah Taman Song Choon yang tidak membenarkan umno menggunakan surau tersebut, YB Hamidah bertindak menulis surat kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak ( MAIPk ) untuk mendapatkan kebenaran menggunakan surau pada 28/03/2010 ini.

Jika pada program sebelum ini, MAIPk telah menghantar beberapa orang wakilnya untuk bertemu dengan AJK surau tersebut bagi mengarahkan agar surau tersebut memberikan kebenaran kepada Hamidah untuk mengadakan programnya, tidak mustahil kali ini perkara yang sama akan berulang.

Walaubagaimanapun, seorang AJK surau tersebut yang juga seorang peguam, En. Haris Alimudin mempertikaikan tindakan Hamidah tersebut yang disifatkannya sebagai tidak memahami bidang kuasa MAIPk.

" Saya agak hairan kenapa YB Hamidah menghantar surat untuk mendapatkan kebenaran mengadakan program beliau kepada MAIPk sedangkan surau bukanlah terletak di bawah bidang kuasa majlis agama " Kata beliau.

Beliau menambah di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 jelas dinyatakan bahawa bidang kuasa MAIPk hanya pada masjid dan tafsiran dalam seksyen 2 enakmen tersebut dengan jelasnya menyatakan bahawa surau tidak boleh ditafsirkan sebagai masjid selagi tidak ditetapkan sedemikian oleh MAIPk.

Difahamkan juga mesyuarat AJK surau sebelum ini menolak permohonan lisan dari wakil umno untuk mengadakan program mereka di surau Al-Falah dan menyatakan bahawa ia adalah kuasa budi bicara AJK surau dan dipersetujui di dalam mesyuarat."

Pihak AJK surau juga secara sebulat suara untuk tidak melayan surat YB Hamidah kerana ia tidak ditujukan kepada kami, dan tindakan menggunakan kuasa MAIPk jelas satu perbuatan yang tidak menghormati AJK surau dan kariah di sini " Tambah beliau ketika diminta mengulas mengenai surat YB Hamidah kepada YDP MAIPk.

KEJAYAAN UMNO : GADIS MELAYU LAHIRKAN 17,300 ANAK LUAR NIKAH PADA TAHUN 2009

Isu buang bayi atau kanak kanak baru lahir telah menjadi perkara biasa di Malaysia. Malah lebih hebat dari zaman jahiliyah. Inilah yang dikatakan oleh Al-sayid Ali Syariati seorang pemikir Islam fenomena jahaliyah modern yang cukup sukar diubati. Cukup membimbangkan gejala buang bayi atau melahirkan anak tanpa nikah yang sah telah menjadi barah masyarakat umat Islam dinegara ini. Seramai 17,300 anak luar nikah atau anak yang dilahirkan tanpa nikah yang sah telah didatar sepanjang tahun 2009.
Kesemuanya 17,300 anak anak tersebut dari gadis/emak yang berbangsa Melayu dan berugama Islam.
Sumber angka ini dipetik dari akbar "The Star" sebuah akbar berbahasa inggeris dari kenyataan Ketua Pengarah jabatan Pendaftaran Negara (22/03/2010). Bermula dari tahun 2004 hingga 2009 startistik menunjukkan gadis Melayu dan berugama Islam telah melahirkan anak anak luar nikah seramai 74,300 orang. Angka ini tidak termasuk anak-anak yang dibuang atau ditinggalkan selepas melahirkan.
Gejala anak luar nikah dan gejala buang bayi/buang anak baru lahir telah menjadi barah masyarakat Melayu yang hampir 99 peratus berugama Islam. Persoalannya dimana kesilapan atau puncanya penyakit gejala melahirkan anak luar nikah yang telah menjadi virus masyarakt melayu yang kebanyakannya berugama Islam?, "